Wednesday, January 13, 2016

TGNA idola siapa?

PAS dan AMANAH masing-masing menjadikan TGNA sebagai idola. Masing masing menyatakan bahawa mereka menyambung perjuangan TGNA. Masing masing menyatakan bahawa apa yang mereka perjuangan hari ini adalah seperti mana yang di ajar oleh TGNA. Jadi siapakah sebenarnya yang sebenarnya mengikut jejak perjuangan TGNA? Saya katakan kedua-duanya tidak.

Saya tertarik dengan tindakan arwah TGNA ketika hayatnya, bila mana Arwah Karpal Singh menyatakan beliau menolak perlaksanaan negara islam yang di anjurkan oleh PAS ketika itu, TGNA tidak bertindak menghentam Karpal Singh, malah TGNA hadir ke rumah Karpal Singh untuk menyambut hari lahir beliau. Nah di situ sahaja saya tidak melihat kedua-dua parti Islam ini mengambil tindakan itu sebagai roh perjuangan mereka.

Dalam politik, kita perlu meramaikan kawan bukan meramaikan lawan. Saya yakin rata-rata ahli PAS dan AMANAH menganggap UMNO sebagai musuh utama. Sepertimana TGNA dahulu, UMNO adalah musuh yang perlu di kalahkan, bukan DAP atau PKR. Mungkin DAP dan PKR tidak bersetuju dengan beberapa matlamat PAS seperti perlaksanaan hudud dan konsep negara islam, namun mereka masih punya matlamat yang sama yang utama iaitu menumbang UMNO sebagai parti pemerintah yang telah banyak menyusahkan rakyat kerana salah urus tadbir negara.

Apa yang TGNA lakukan adalah untuk meredakan krisis antara rakan tahaluf, sekali gus membuatkan parti kerajaan semakin bimbang. Apa yang menjadi kekesalan hari ini, kedua-dua parti islam yang menjadikan TGNA sebagai idola tidak mengambil tindakan yang sama seperti mana TGNA iaitu meredakan hubungan. Malah mereka begitu asyik berperang sesama mereka, begitu asyik menuduh sesama mereka sehingga musuh utama mereka semakin selesa. Peluru senapang tidak lagi di acukan kepada lawan utama sebaliknya sesama sendiri.

Pendekatan TGNA sebenarnya adalah contoh yang terbaik pernah saya lihat. Ramaikan kawan dan bukan ramaikan lawan.

Semoga PAS dan AMANAH tidak lagi menggunakan nama TGNA sebagai idola dalam perjuangan mereka, kerana bagi saya mereka sebenarnya hanya menggunakan nama TGNA sebagai modal politik murahan mereka.

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club