Monday, January 18, 2016

Islam dan Islamic

Islam, islamic... Dua istilah yang kelihatan sama sebutannya tetapi berbeza dari segi makna. Islam ialah agama, manakala islamic adalah perbuatan yang disamakan dengan apa yang dianjurkan oleh agama islam.
Setiap apa yang di anjurkan oleh agama seperti berkelakuan baik, berkata benar, berbuat baik, mencintai alam, memerangi rasuah, mencintai sesama makhluk adalah islamic walaupun sesetengah daripada perbuatan tersebut tidak disebut di dalam al Quran, selagi ia baik untuk ummah, ia adalah islamic.
Tidak semestinya islamic itu hadir dari orang islam, ia mungkin hadir dari kalangan mereka yang tidak beragama islam. Ada sebuah ungkapan "jika kamu ke negara arab, kamu akan melihat orang islam, tetapi jika kamu ke negara barat kamu akan melihat islam". Agak sukar untuk melihat sebuah negara islam yang mampu menonjolkan keislaman mereka. Negara islam sentiasa dibayangi oleh peperangan, rasuah dan keganasan. Berbeza dengan negara barat seperti Switzerland, Finland dan Kanada walaupun kebanyakan mereka adalah golongan aties.
Islam itu ialah kebaikan, keindahan, dan keamanan walaupun ia dizahirkan oleh masyarakat bukan islam. Islam bukan agama keganasan, pergaduhan, kebencian dan porak poranda walaupun yang melakukannya ialah orang yang berserban.
Sejak akhir akhir ini, nama islam telah dikotori oleh golongan pelampau agama yang menggelarkan mereka ISIS, tindakan mereka membunuh orang bukan islam yang tidak berdosa tanpa sebab bukanlah sepertimana yang di anjurkan oleh Islam. Letupan di Paris, Turki dan Indonesia yang mengorbankan banyak nyawa telah memburukkan lagi imej islam.
Islam tidak mengajar umatnya melakukan sewenang wenangnya kepada bukan islam. Malah islam sangat menjaga nyawa manusia, dakwah kepada mereka dan bukan memerangi mereka selagi mana mereka tidak memerangi kita.

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club