Thursday, December 3, 2015

Perbezaan Bukan Islam dan Kafir



Seringkali manusia menyebut kedua dua istilah ini dengan maksud yang sama. Kebanyakkan kita menganggap kafir itu Bukan Islam, Bukan Islam itu kafir. Adakah keduanya sama?

Bukan Islam
Tiada satu perkara pun boleh terjadi tanpa pengetahuan Allah dan tiada satu perkara boleh wujud tanpa kekuasan Allah. Jika kira yakin akan perkara ini, maka wajiblah kita percaya bahawa agama agama yang wujud di muka bumi ini adalah dengan kehendak-Nya. Dalam dunia ini, selain daripada Islam terdapat banyak sekali agama yang wujud. Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Singh dan banyak lagi. Malah setiap agama yang wujud pula berbeza dari segi mazhab dan fahaman masing masing. Mereka semua adalah bukan islam namun adakah mereka Kafir? apa makna kafir?

Kafir
Kafir bermaksud ingkar. Orang yang ingkar akan ajaran yang disampaikan digelar kafir. Jika seseorang itu percaya bahawa Islam adalah agama yang benar kemudian dia ingkar akan agama islam, maka dia kafir. Begitu juga sekiranya dia yakin agama Kristian itu betul kemudian dia ingkar akan suruhan agama kristian maka ia kafir. Seseorang yang yakin bahawa agama islam adalah benar perlu mengikut suruhan agama islam iaitu yakin kepada rukun islam dan rukun iman. begitu juga dengan agama lain, mereka perlu yakin prinsip prinsip mengikut agama masing masing. Orang yang dalam hatinya penuh keyakinan bahawa Islam agama yang benar, tetapi dia menyembah Tuhan budha atau Tuhan Hindu maka dia telah terkeluar dari islam dan menjadi seorang yang kafir.

Kristian dan Yahudi.
Orang Kristian adalah orang yang percaya kepada kitab Injil, manakala Orang Yahudi percaya kepada kitab Taurat. Kedua dua agama ini datangnya daripada agama langit (Agama yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya). Adakah penganut kedua dua agama ini kafir? Dalam Quran, Allah menyebut dua golongan ini sebagai ahli kitab

"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi". (Surah Al Maidah 5)

Jika diperhatikan juga dalam ayat tersebut

"Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi". (Surah Al Maidah 5)

Allah menyebut mereka yang kafir sesudah beriman yang membawa maksud sebenarnya mereka beriman, tetapi kerana mereka tidak mahu menerima hukum islam maka mereka kafir.

Persoalannya.... mereka tidak mahu terima atau mereka tidak terima. Inilah titik perbezaan yang besar tapi dilihat kecil para penilai.

Tidak terima bermakna tidak menerima atau tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan. Seorang Kristian tidak menerima hujah islam kerana hujah orang islam tidak mampu mematahkan kefahaman orang kristian terhadap agama mereka. Manakala tidak mahu terima pula bermakna bersetuju dengan pandangan tetapi menolak pandangan tersebut. Walaupun hujah yang diberikan oleh islam mampu mematahkan hujah orang kristian, namun mereka tidak mahu menerima pandangan tersebut.

Siapa kafir?
Seperti yang ditekankan, kafir ialah orang yang menolak kebenaran, menolak apa yang dia yakini. Oleh itu setiap orang yang menyakini sesuatu fahaman, kemudian dia menolak apa yang diyakininya maka dia kafir. Tidak kira dia islam, kristian, buddha atau sebagainya. Secara analoginya, seorang pelajar yang yakin bahawa 2+2=4, tetapi dia dengan sengaja menolak jawapan tersebut dan memberi jawapan 5, maka dia "kafir matematik".

Daripada perkongsian ini, yang membezakan "kafir dan bukan islam" ialah "tidak terima atau tidak mahu terima".

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club