Wednesday, December 2, 2015

Apa itu kebenaran?

Jika ditanya apakah kebenaran. pasti jawapan yang hadir merujuk kepada diri sendiri. jika ditanya kepada wahabi pasti wahabilah yang benar. jika ditanya kepada aswaja pasti aswajalah yang benar. Jadi yang mana sebenarnya benar?

Abdullah Ibnu Amru meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda :
“Umatku akan menyerupai Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk surga.” Kami (para shahabat) bertanya, “Yang mana yang selamat ?” Rasulullah Saw menjawab, “ Yang mengikutiku dan para shahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Jika di amati dari hadis ini, nabi menyebut semua umat akan masuk neraka kecuali mereka yang mengikut nabi dan para sahabat.

Jika ditanya kepada wahabi, pasti mereka menyatakan merekalah mengikut sahabat. jika ditanya kepada aswaja pasti mereka akan berkata mereka lah mengikut sahabat. jadi yang mana sebenarnya benar?

Kebenaran sebenar.
kebenaran sebenar adalah seperti mana yang kamu faham. seseorang yang lahir dalam keluarganya adalah wahabi, jiranya wahabi, masyarakatnya wahabi pasti dia juga wahabi. begitu juga sekiranya dia dilahirkan dalam keluarga aswaja. tidak akan mungkin seorang yang lahir dalam keluarga wahabi akan jadi seorang aswaja tanpa ilmu. juga tidak mungkin seorang yang lahir dalam keluarga aswaja akan menjadi seorang wahabi tanpa ilmu.

Allah tidak menghukum manusia tanpa sebab
jika seorang manusia lahir dikalangan wahabi, maka sehingga mati dia adalah wahabi. adakah dia akan dimasukkan dalam neraka mengikut pandangan aswaja? dan adakah seorang manusia lahir dikalangan aswaja, maka sehingga mati dia adalah aswaja, adakah dia akan dimasukkan dalam neraka mengikut pandangan wahabi?

Allah menjadikan manusia itu berbeza beza.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Daripada ayat di atas, jelas Allah menyatakan bahawa manusia ini wujud dalam keadaan berbeza, berpuak dan berbagai bagai bangsa. dan setiap bangsa mempunyai fahaman berbeza beza mengenai konsep ketuhanan. ini adalah kehendak Allah dan mana mungkin Allah memasukkan seseorang ke dalam neraka kerana ketetapan yang Allah sendiri menetapkannya

Allah maha menilai,

kita yakin Allah adalah tuhan yang patut disembah, kita yakin bahawa kita akan kembali kepada Allah. Setiap orang yang yakin dan mahu kembali kepada Allah akan mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang mereka faham.

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan Ketakwaan” (Hr Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani)

Namun apakah penilaian ketakwaan dalam hadis ini? adakah ketakwaan apabila kita mengikut apa yang wahabi faham. atau mengikut apa yang aswaja faham?

Allah menilai ketakwaan seseorang berdasarkan apa yang umatnya faham. jika dia memahami bahawa cara wahabilah yang diterima allah, maka itulah ketakwaan. jika dia memahami bahawa cara aswajalah yang diterima Allah, maka itulah ketakwaan.

Allah menjadikan manusia bukan untuk dihukum.
yang menjadikan manusia adalah Allah. yang menjadikan manusia berbeza beza juga Allah. yang menjadikan manusia masuk syurga atau neraka juga Allah. tetapi adakah adil jika seseorang itu lahir sebagai wahabi atau aswaja kemudian dia dimasukkan kedalam api neraka?adakah mereka tidak taat sehingga mereka dimasukkan kedalam neraka? pasti tidak.

Allah menjadikan manusia bukan untuk dihukum.

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. - Az-Zâriyât 56"

Allah menjadikan manusia dan jin untuk bertakwa kepadanya. jika manusia itu memahami bahawa cara wahabi adalah cara yang benar, mana mungkin mereka akan dicampakkan kedalam neraka. dan begitulah sebaliknya. Allah tidak menjadikan manusia untuk dimasukkan ke dalam neraka. Hanya mereka yang tidak bertakwa akan dimasukkan dalam neraka. Dan takwa itu adalah seperti mana yang umatnya faham.

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club