Sunday, December 21, 2014

Jangan Masuk Perangkap Umno

Umno semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat. semakin mereka mencuba untuk mendekati rakyat semakin rakyat nampak kepalsuan mereka. apa sahaja yang mereka buat, rakyat sudah tidak mempercayai mereka. mereka semakin lesap. jika mereka tidak mampu untuk menarik minat rakyat, terdapat satu cara lagi untuk membuat mereka terus berkuasa.caranya ialah melemahkan pihak lawan.pihak lawan mereka adalah Pakatan Rakyat.
Lalu cara apa untuk melemahkan PR? pertama isu perkauman.kedua isu agama. PAS dan DAP pula adalah matlamat mereka. majoriti pas adalah melayu muslim, manakala majoriti dap adalah cina non muslim. itulah point penting yang selalu dimainkan oleh umno untuk merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Jika PR berpecah maka bersoraklah umno. Projek menipu rakyat akan terus di teruskan untuk mengekalkan cara hidup mereka yang mewah.
Kita kecewa jika ada mereka yang termakan dengan tipu daya ini. lebih kita kecewa apabila ada diantara kita cuba untuk merealisasikan impian umno. Sebahagian mereka sanggup menjadi tali barut kepada penyatuan dengan Umno.Di saat rakan-rakan yang lain berhempas pulas menjatuhkan umno, kita pula termakan umpan mereka.
Kita menyeru semua untuk terus kekalkan perjuangan rakyat melebihi perjuangan parti masing masing. Jika benar Pakatan Rakyat menyatakan bahawa mereka adalah pembela rakyat. kita tuntut kata kata mereka. ketepikan ideologi masing masing untuk kita jatuhkan UmnoBN.

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club