Thursday, December 11, 2014

Kebenaran bukan berdasarkan majoriti





وَإِن تُطِعۡ أَڪۡثَرَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka; dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am 6:116)


Allah mengingatkan kita dalam al quran, ayat sebegini begitu banyak, menceritakan bahawa mengikut manusia dikalangan orang ramai ataupun suara majoriti nescaya mereka akan menyesatkan kamu. Bermakna agama tidak boleh mengikut orang ramai. Ini adalah teras dalam seseorang insan itu dalam beragama, kerana agama berterasakan dalil yang sahih daripada quran dan hadis rasulullah yang sahih. Di dalam proses membawa agama, tekanan yang paling besar ialah tekanan daripada kata kata orang ramai. Sentiasa masyarakat ini menilai sesuatu perkara berdasarkan apa yang orang ramai buat, apa yang orang ramai kata, apa yang menjadi pegang orang ramai dan apa yang menjadi “mazhab” orang ramai. Sedang al quran berkata

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah”

Sebaliknya Allah SWT memuji golongan minoriti yang beriman dan beramal soleh serta yang sentiasa bersyukur kepada Allah.Sebagaimana firmannya:

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan amat sedikitlah mereka ini” (Surah Shad ayat 24).

Dan firman Allah lagi:

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Dan sedikit sekali dikalangan hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah Saba` ayat 13)

Islam tidak mementingkan jumlah yang ramai tetapi yang lebih utama jumlah orang mu’min yang soleh walaupun kelompok mereka sedikit. Kemenangan tentera Islam yang sedikit dalam peperangan Badar mengalahkan tentera musyrikin yang ramai menjadi bukti betapa kualiti lebih utama daripada kuantiti

Ternyata jalan Allah bukanlah jalan orang ramai, tetapi jalan Allah adalah seperti yang tertulis dalam quran dan sunnah, jalan Allah ialah jalan yang di lalui sekalipun sukar tetapi yang penting mestilah bertepatan dengan Al-quran dan sunnah.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ“
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)” (surah at taubah ayat 41)

Oleh kerana di atas perjuang ini penuh dengan kesusahan demi kesusahan, maka ramai orang yang tidak mengikut perjuangan. Sentiasa perasaan seorang muslim, dia ingin memperjuangkan agamanya. Cuma dia kadang kala mereka tidak tahu apa yang ingin diperjuangkan, lalu mereka mengikut arus dan kata kata ramai sehingga mereka tidak tahu hala tuju yang hendak mereka bawa di dalam membawa obor obor islam. Kerja setiap muslim ialah membawa islam dimana kita berada, sama ada di atas (pemimpin) dan di bawah.


No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club