Wednesday, October 1, 2014

Minyak naik lagi


Pasti rakyat Malaysia kecoh terutama mereka yang daripada dahulu membangkang tindakan tindakan kerajaan BN. Turut tidak melepaskan peluang penyokong atas pagar yang dilihat semakin muak dengan permainan kerajaan.

Takkala rakyat berperang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, rakyat sekali lagi bagai di sambar petir terkejut dengan pengumuman baharu kerajaan untuk menaikkan harga minyak sebanyak 20sen berkuatkuasa 2 oct 14.

Secara zahirnya, 20sen seliter bukanlah besar peratus kenaikannya. Namun bukan itu yang merunsingkan rakyat. Apa yang menjadi kebimbangan adalah kesan daripada kenaikan tersebut. Wajib setiap kali berlaku kenaikan harga petrol , maka harga barang lain akan turut naik. Kerana petrol adalah asas kepada pengangkutan. Minyak masak, sayur, beras, gula, garam dan segala barang asas lain aku turut naik.

Inilah kebimbangan yang sebenar kepada rakyat. Kerajaan punya pelbagai alasan yang kadangkala tidak logik untuk dijadikan alasan. "kami kurangkan subsidi, bukan naikkan harga minyak" "harga minyak masih rendah berbanding negara lain". Inilah zikir yanh selalu digunakan di tv, akhbar mereka untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Namun masyarakat kini bukan tuli, bukan bodoh, bukan jumud seperti dahulu yang tidak tahu mana lebih baik, mana bohong mana menipu. Makcik, pakcik di kampung adalah sasaran mereka. Inilah juga faktor kenapa BN hanya juara di Kampung. Alasan ini tidak sesuai untuk generasi moden yang punya banyak sumber alternatif untuk dirujuk. Internet, Android dan segala macam bentuk aplikasi memudahkan info sampai dengan lebih mudah.

Dalam kesibukan rakyat memberi reaksi kepada situasi ini, maka pelbagai ekspresi dinyatakan. Makian, sindiran, fitnah dan tohmahan di hempurkan. Pandangan saya, ini tidak benar. Walaupun kita tidak setuju dengan kenaikan petrol ini. Tidak wajar kita maki hamun mereka. Ini hanya menampakkan kelemahan diri. Adalah elok kita berhujjah secara ilmiah dan menghindari sifat keji.

Rakyat perlu bangkit, teruskan berjuang untuk kepentingan mereka. Di saat tiada siapa yang mahu membela nasib rakyat secara serius. Rakyat sendiri perlu memikirkan cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Undi adalah satu cara menunjukkan protes kita kepada pemimpin yang zalim. Zahirkan protes, hasut ibu bapa kita, ajak kawan kawan kita agar sentiasa mempunyai niat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club