Friday, September 26, 2014

ULAMA Facebook

"ulama fb", "ulama copy paste", "ulama Google", ia merujuk kepada mereka-mereka yang share ilmu di fb, search kemudian copy n paste di fb.
Bukanlah menjadi kesalahan jika mereka share ilmu di fb. Tidak semua manusia mampu untuk menjadi ustaz yang duduk di depaah.
Mungkin hanya seorang pomen, hanya seorang posmen, hanya seorang penarik beca. Namun ilmu bukanlah dilandaskan kepada "siapa"  dia. Tetapi ilmu dilandaskan kepada "apa"  yang dia sampaikan.
Sifat masyarakat yang suka melihat kedudukan seseorang masih kuat sehingga sentiasa menafikan kebenaran yang disampaikan. Hal ini menyebabkan artis, menteri, orang-orang popular sentiasa menjadi bahan rujukan. Yang kadangkala ilmu yang disampaikan oleh mereka bukanlah berlandaskan kebenaran.
Mungkin orang yang sentiasa share ilmu kebenaran di fb itu tidak sepopular ustaz. Namun kebenaran yang disampaikan jangan pula kita nafikan.
Mencari maklumat di Google, copy dan  paste di Facebook bukanlah sifat tercela yang perlu di cemuh. Dunia maju, teknologi hebat, jika kita masih menganggap bahawa hanya belajar di pondok adalah semata-mata cara untuk berilmu. Maka lambatlah ilmu itu berkembang.


Jika dilihat daripada sudut positif,  mencari maklumat di facebook, mencari maklumat di google malah di YouTube lebih baik berbanding belajar dipondok. Di media-media baru ini, pelbagai pandangan boleh dikongsi, dibanding beza, di nilai dalam mencari kebenaran. Selain mudah, hujjah menyokong dan hujjah mengkritik sesuatu pandangan itu boleh didapati dengan cepat. Hal ini menjadikan seserang itu tidak taksub hanya kepada pandangan seorang tok guru, atau seorang ustaz semata. 

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club