Friday, September 26, 2014

Kritikan kepada ihya ulumuddin

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadis-hadis Nabi dan riwayat-riwayat salaf seperti mana yang dimiliki oleh ahli-ahli yang mengetahui perkara itu.
Mereka dapat membezakan antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu, al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadis dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya. (Rujukan: Ibn Taimiyyah, Daru Taarud al-Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad: Dar al-Kunuz al-Adabiyyah.)
---
Maaf, tapi ana berharap jangan ada sesiapa mengatakan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mabuk ketum.
“Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan jantung hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu”. ( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
imam ibn kathir setaraf tak? ke tak setaraf gak?
Mungkin ada di antara kita menganggap bukan Al Quran satu satunya kitab yang tiada cacat cela.
Mungkin pada mereka, kitab tulisan ulama' besar mestilah sempurna.
Kita tidak menafikan sumbangan besar Kitab Ihya' Ulumuddin itu terhadap dunia Islam. Sungguh manfaatnya kita rasai hingga ke saat ini.
Tapi kita tidak menafikan ada kelemahan kelemahan kitab itu yang mungkin tersalah pandang.
Hikmahnya, kita tahu Imam Al Ghazali tidak maksum.
Hikmahnya, kita tahu hanya Al Quran yang tiada cacat cela.
Janganlah merasa lebih hebat dari Imam Ibnu Katsir, Imam Az Zahabi, Syaikh Al Islam Ibnu Taimiyah dan lain lain.

1 comment:

  1. Ambil yang jernih buang yang keruh melalui kitab-kitab yang mentakhrijkan hadis-hadis dan athar-athar dalam kitab Ihya' Hujjatul Islam al-Ghazali.

    ReplyDelete

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club