Friday, December 12, 2014

Anak muda dan pas

Anak muda dahagakan ilmu, mereka mencari kebenaran. Mereka melihat pas adalah platform terbaik. Dengan islam dan sikap menolak kezaliman pemerintah, mereka memilih pas. Malah bukan islam juga sudah mula berminat dengan pas. Maka bertambah yakinlah pas untuk terus maju. Malangnya mereka mula mendabik dada, merasakan merekalah paling kuat sokongan. Hari ini anak muda pula menghukum mereka, sokongan anak muda dan non muslim semakin merundum akibat tindakan mereka yang tidak selari dengan kehendak rakyat yang menyokong mereka. Namun ini tidak menyadarkan mereka, malah mereka tetap angkuh sehingga yang tidak bersetuju dengan beberapa tindakan mereka di arah keluar daripada parti,  Di tuduh jebon, munafik haraki dan berbagai label lagi. Di saat mereka belum punya kuasa, mereka melayan penyokong mereka sebegini, kita bimbang bagaimana jika mereka memerintah?

No comments:

Post a Comment

sila la tinggalkan sikit coretan anda

Ahli Fan's Club